Saturday, January 9, 2010

takziah buat kak akma sekeluarga

"(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "sesungguhnye kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." al-baqarah;156

Disebalik ketenangan wajahnya, hati manusia tak siapa yang tahu
Itulah yanag dapat penulis rasakan bilamana berjumpa dengan kak akma di hospital selayang semalam

Jumaat, 8 januari 2010 genaplah seminggu arwah berada di ICU hospital selayang bilamana arwah koma selepas terlibat dalam satu kemalangan di kampungnya. Arwah yg dikenali sebagai Fauzi dimasukkan ke hospital Selayang setelah didapati koma akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Menurut kak akma dan ayahnya, arwah mengalami pendarahan dalaman (inner blooding) di bahagian kepala.
Baru 2 bulan lepas penulis berjumpa dengan arwah di pahang ketika dalam satu kenduri.Arwah, Fauzi merupakan lulusan Shubro, Mesir.Sempatla juga penulis berkenalan dengan arwah dan difahamkan arwah akan menimang cahaya mata pertama mereka dalam masa beberapa bulan lagi.
Ketika penulis dan beberapa orang sahabat tiba di Unit Forensik, Hospital Selayang petang semalam, pihak keluarga arwah sedang menunggu ketibaan polis untuk membuat laporan sebelum jenazah di bawa pulang ke jengka, pahang.Isterinya, kak akma yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka kelihatan tenang menghadapi ketentuan Ilahi ini.
Diharapkan kak akma kuat dan tabah menghadapi qada' & qadar Nya.
Takziah untuk kak akma dan al-fatihah buat Allayarham Fauzi


Read More

Saturday, August 29, 2009

i'm now 24 years old

28 ogos 2009 bersamaan 7 ramadhan 1430, maka genapla umurku 24 tahun..
alhamdulillah.. terima kasih Ya Rabbi kerna sudi memanjangkan usiaku dikala manusia-manusia di sekilingku ada yang telah kembali menghadapMu. Akanku berjanji untuk menjadi hambaMu yang terbaik..Insyaallah..

" izinkan kuucap kata tobat
sebelum Kau memanggilku
kembali padaMU
menutup waktuku

izinkan kuserukan namaMU
sebelum nyawa dalam tubuh ku
Kau ambil kembali padaMU

kernaku tahu..hanyala pada diriMu
tempatku mengadu tempat ku mengeluh
di dalam doaku

dan demi nafas yang telah Kau hembuskan
dalam kehidupanku
ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik

menjalankan segala perintahMu
menjauhi segala laranganMu
adalah sebaris doaku untukMU.."


wa akhiran, thanx a lot pada sahabt2, kawan2 yang wish sempena birthdayku ni..


Read More

Wednesday, August 5, 2009

peristiwa semalam. membuatkan aku lebih berani!!


1 ogos 2009 - setelah hampir satu jam kami 'tawaf' jalan kuala lumpur n ternyata semua jalan menuju ke ke masjid negara ditutup dan dikawal ketat oleh polis-polis. akhirnya, kami berijtihad dan sepakat untuk tinggalkan motor kami berhampiran dengan sebuah bank. aku dan 6 shabat bersepakat untuk berjalan dari bank tersebut ke masjid negara untuk mengelak dari dithan oleh polis.


dalam perjalan kami ke masjid negara, seorang sahabt menerima masej yg menyatakan 5 orang shabt kami yg berada di sogo telah ditangkap polis. 'ntah apela akan terjadi pada mereka tu",fikirku.aku dan sahabt-sahabt tak putus-putus mengingati antara satu sama lain untuk menjaga keselamatan kami.

dlm perjalanan ke masjid negara, datang seorang uncle menanyakan sesuatu kepda kawanku. aku memang da agak da, ni mesti SB (siput khinzir ni)..

1.40 ptg, alhamdulillah kami sampai jugak akhirnye ke perkarangan masjid negara. disebabkan demo akan start pd pkl 2, jadi kami pun bergegas untuk solat zohor. setibanya di kaki tangga masjid, seorang polis menahan aku;
"cik, tolong buka beg kamu"..
pada masa tu aku buat-buat xlayan je
"ape ni cik, tahan-tahan saya. saya nak solat ni."
lepas tu datang 2,3 orang polis ke arahku mintak aku buka beg..
aku pun buka la beg tersebut.. setelah polis tu menggeledah beg aku, at last dia menjumpai headband isa dlm beg aku dan atas alasan tu dia tahan aku untuk ke 'black maria' tu.
mula-mula aku agak berkeras gak, tp bila da 2,3 orang polis pegang aku, aku akur juga akhirnye..
perkara yang aku paling frust skali hari tu ialah aku xdapat nak temankan seorang kawan baik aku ni yg bg aku dia ni bru je nak berjinak2 ngn dunia dakwah n politik . tp xpe, aku bersyukur sbb shbt2 aku lg 5 orang dpt temankan dia sepanjang demonstrasi tu.


mula-mula cuak gak kena tahan polis dan 1st time kena masuk ke dalam black maria ni, tp bila tengok ramai lagi sahabt2 yg senasib dengan aku, aku jadi semakin bersemangat. setiap tahanan yang naek ke black maria disambut dengan laungan takbir. cukup-cukup menaikkan semagat kami.

kami seramai 19 tahanan(macam pesalah lak).. kami seramai 19 mujahidin semuanya yang berada dalam black maria tu sepanjang perjalanan ke FRU Cheras. sungguh banyak pengalaman baru yang aku dapat sepanjang 5 jam ditahan polis. satu bentuk tarbiyah yang patut dirasai oleh semua ahli gerakan gerakan terutamanya.

sementara menunggu mangsa seterusnya masuk ke dalam black maria, naik soerang pak cik yang merupakan ahli keluarga kami ke-18 klu xsilap aku. jelas terpancar diraut wajahnya, kegelisahan yang amat nyata;
"tolong bagi saya ruang, saya nak solat hajat sekarang. sya xdpat nak fikir apa-apa lagi da sekarang ni. fikiran saya buntu"
"mungkin pak cik ni memikirkan masa depan anak, isterinya kot", fikir dibenakku.
tiba-tiba seorang pak cik yg lain menyapa,"sabarla, ujian yang kita terima ni sedikit je. sahabt2 kita di palestin sana tu lebih teruk dari kita diaorang diuji"
suasana terdiam seketika. Suasana tersebut membuatkan aku menjadi sebak seketika.. aku mencapai handset dan terus memelefon bbrpa sahabat untuk pastikan mereka menjaga keselamatn dan menjauhi dir dari polis. Cukupla ape yang terjadi pada aku menjadi pengajaran kepada sahabat sahabiah yang lain.

melihat wajah-wajah tenang disekilingku membuatkan aku lebih tenang menghadapi suasana tersebut. di saat inila baru kita dapat rasakan betapa tinggi pengharapan terhadap Ilahi itu perlu ditanam disetiap jiwa Muslim. Masyaallah!!!

sepanjang dalam perjalanan, mulut kami tak putus-putus berzikir kpdNya memohon pertolongan dan dipermudahkan segala urusan kami. ada benarnya mimpi aku semalam, ditangkap polis semasa demonstrasi. dan pagi sebelum turun ke k.L lg. aku da berasa xberapa tenang je.

setibanya kami di FRU Cheras, perkara pertama yang kami mintak dari pihak polis ialah membenarkan kami solat zohor. alhamdulillah diaorang bersetuju dengan permintaan kami dengan syarat kami kena selesaikan buat laporan polis dulu.
baju ISA yang baru kubeli xmpai bbrpa jam, ku hadiahkan kpd seorang pak cik sbb kasihan melihat dia nak menghadap Allah tanpa baju. Bajunya dirampas polis semasa dia ditangkap polis tengah hari tadi. harap pak cik jaga elok2 baju tu.=)
satu perkara yang agak kelakar smasa kami solat asar di surau FRU Cheras tu. Adela bberapa orang polis ni solat skali ngn kami. setelah imam bagi salam, imam pun berdoalah;
"ya allah kau bukala pintu hati polis2 yang telah menzalimi kami ini ya allah'
ya allah kau jadikanlah anak-anak polis yang telah menzalimi kami ni sebagai orang yang bersama-sama dengan kami untuk memenangkan agamaMu ya allah..."
mendengar imam membaca doa tersebut,polis yang sedang tambah rakaat itu pun terus menjeling ke arah imam tersebut. ape tidaknya, doa tersebut khas untuk dia kot.

sepanjang tempoh 5 jam lebih tu, 500 orang lebih yang ditangkap oleh polis dan dibawa ke FRU Cheras tanpa sebarang sebab yang betul-betul konkrit. kat sana pun, polis-polis tersebut tak tahu nak buat ape denagn kami. memang sah, "anjing hitam" kerajaan. menurut perintah..
nasib baikla, kami yang ditangkap ni ada idea skit. untuk mengisi masa terluang duduk kat sana, sempatla jugak kami buat demontrasi aman kat sana sehinggalah seorang abang ditangkap oleh polis.

lebih kurang pukul 7 mlam, i.c kami diserahkan kembali dan kami dibawa ke stesen lrt terdekat untuk pulang. alhamdulillah. ingatkan 1 minggu duduk dalam lokap, rupa-rupanya 5 jam je.hehe

walaupun kecewa tak dapat turut serta dala demo ISA kali, tp aku aku bersyukur kerna mendapt pengalaman baru berdepan dan ditahan polis. "isa 19th" tetap menjadi ingatanku. suka-duka ditempuhi bersama..

walau pun 5 jam cuma, tapi tarbiyah ni cukup2 bermkna bagi aku. dpt aku rasa kan bagaimana tahanan-tahanan isa yang ditahan n dikurung bertahun-tahun lama tanpa sedikit pun belas kasihan..cukup zalim, kejam

haa, kawan-kawan. saya da rasai pengalaman ni. kawan-kawan bila lagai nk join percutian menarik ni..


Read More

Monday, August 3, 2009

Konvensyen Mahasiswa Islam 2009





24-25 julai 2009 - telah diadakn konvensyen mahasiswa Islam 2009 di Hotel Putra Kuala Lumpur. Semua wakil pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam setiap kampus menghadiri konvensyen tersebut sebagai peserta. Ma'ruf Club dipilih sebagai wakil UIA ke konvensyen tersebut.



Di hari penutupan konvensyen tersebut, turut dilancarkan DAMAI (Dewan Amal Islam Hadhari) di setiap kampus ipta yang bertujuan untuk menyelaraskan program-program Persatuan Mahasiswa Islam di setiap kampus. DAMAI ni bayak kebaikan & keburukan yang patut kita semua (terutamanye PENGGERAK Persatuan Mahasiswa Islam) kita semua brainstorm demi memastikan kesinambungan gerakan mahasiswa islam di setiap kampus..

Majlis penutupan konvensyen tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri kesayangan kita semua, Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib b. Tun Hj. Abdul Razak.Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah Dato' Zahid Hamidi, Dato' Khalid Nordin dan timbalannya.
Rektor kebanggaan kita, Prof. Arabi Idid juga hadir bagi menerima watikah penubuhan Kelab DAMAI diUIA.






Penulis juga berkesempatan naek ke pentas pada kari tersebut untuk menerima sijil daripada Perdana Menteri. Penulis sempat berborak ringkas denagn Dato' Seri dan menyampaikan salam dari pimpinan Ma'ruf Club kepada pemimpin negara kita.












Secara keseluruhannye, penulis merasakn program ni merupakan satu program yang bagus untuk diteruskan dan penulis mengharapkan wakil-wakil PMI kampus untuk bersama-sama memberi partisipasi kepada program-progam sebegini demi menjaga menjaga hubungan baik kita dengan kerajaan di samping dapat membuka minda kita semua tentang aspirasi kerajaan tentang isu mahasiswa ni.. Wallahua'lam


Read More


Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.


Read More

Sunday, June 21, 2009

my first banner

first tryyy

my first banner




banner ini disiap dgn bantuan seorang sahabat.. nama terpaksa dirahsiakan demi menjaga keikhlasan hatinya tolong penulis untuk siapkan banner ni..
jazakallahu khairan jaza' ya syeikh


Read More

Monday, June 15, 2009

marha marha vs tepuk tangan

8 jun 2009, Maaruf Club Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia telah dikunjungi oleh Ar-rijal al-istiqamah Youth Wing (Persatuan Belia Masjid al-istiqamah), Singapura. Lawatan mereka ke Malaysia kali ini adlah lebih kurang 4 hari dan dimasukkan sekali di dalam tentatif mereka adlah lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa, untuk bertemu dengan Maaruf Club terutamanya.



Pertemuan yang lebih kurang satu jam setengah itu telah banyak memberi peluang kepada Maaruf Club dan Ar-Rijal Al-Istiqamah untuk bertukar-tukar pendapat dan... ...pandangan tentang perjalanan persatuan masing-masing.




Satu perkara yang mengagumkan penulis ialah kesungguhan pemuda-pemudi dari Kota Singa itu untuk menjalankan program-program dakwah dan keagamaan walau pun mereka berada di negara yang agak sekular, kalau boleh penulis katakan. Apa yang difahamkan mereka ini menjadikan masjid-masjid yang ada di sana sebagai wasilah untuk menjalankan kerja dakwah dan menarik anak-anak muda untuk bersama meraka menghidupkan masjid.

Seperkara lagi yanag mengagumkan penulis ialah budaya "marha,marha" yang diamalkan oleh anak2 muda ini sebagai tanda meraikan orang. Kebaiasaanya, kita akan menepuk tangan sebagai tanda menghargai, meraikan seseorang, tetapi sebaliknya berlaku pada anak2 muda Singapura ini. Mereka menggantikan budaya tepuk tangan ini dengan perkataan "marha marha" sebagai tanda meraikan seseorang.



Harapnya ukhwah yang dibina ini tidak akn terhenti di sini sahaja. Kami di pihak Maaruf Club mendoakan agar anda semua success di setiap lapangan yang anda ceburi terutamanya dalam menghidupkan masjid-masjid di Singapura dan mendidik anak muda..
Marha, marha...!!

Suffian Atthauri
KAED student@iium
Treasurer Ma'ruf Club
2008/09




Read More