Friday, May 7, 2010

Kembara Ilmu Syria 2010



5hb Mei 2010

Tepat 9.20 malam aku meninggalkan Malaysia menuju ke bumi barokah Syam, Syria untuk tujuan kembara ilmu. Perasaan sedih meninggalkan keluarga, sahabat-sahabat tercinta, adik kesayanganku terpaksa kupendam dalam-dalam demi untuk mencari ilmu Allah di bumi barokah Syria.
Bercakap mengenai keputusan yg dibuat untuk spent masa selama setahun (Insya-Allah) di Syria setelah menamatkan Degree dalam bidang Quantity Surveying di Uiam ini adalah bukan satu keputusan yg mudah. Banyak benda yg aku terpaksa korbankan, dikala kawan-kawan ada yang da mula bekerja, ada yang akan mendirikan bait muslim tak lama lalgi, ada yang akan menyambung master dan sebagai-bagainya (sory fitri, pinjam ayat enta sat hehe). Ini semua adalah beberapa perkara yg aku terpaksa korbankan..
Selain itu, xkurang juga suara-suara yang tidak bersutuju dengan keputusan yg dibuat ini.


Suara 1; Pian, kamu da habiskan 6 tahun belajar Quantity Survey (QS).. Alih2, da grad uia ni, kamu sambung ke Syria dalam bidang agama lak. Kamu sebenarnya nak focus yang mana satu? Lagi satu, saya xnampak ruang untuk kamu nk aplikasi ilmu agama yang akan peroleh di Syria nanti once kamu balik M’sia dan bekerja dalam construction site.
Suara 2; Pian betul ke enta nk ke sana setahun? Sian kat dia, lama jugak enta tinggalkan dia ni. Nampak gayanya kami dulu la yang akan kawen ni.. hehe
Suara 3; Pian drpd kamu p mendalami agama, better kamu keje trus. At least boleh kumpul duit untuk bantu family kamu kat kampung, untuk kawen.. Hmm
Lain orang lain pandangannya. Aku meraikan semua pandangn yang diberikan baik dari segi positif dan negatif. Memangla bila fikir nak bantu family kat kampong tu agak berat jgk u sambung ke Syria ni, lebih2 lagi anak lelaki tunggal dalam family. Menjadi harapan keluarga dlm semua aspek, insyallah. Tapi setelah bincang elok ngan mak abah,dan adik beradikku, Alhamdulillah akhirnya mereka faham cita-citaku dan rido atas pemergianku ke Syria ini dengan seribu harapan agar aku dapat membimbing keluarga selepas ini, insyallah.
Kepada sahabat-sahabat,kawan-kawan,keluarga, lecturers, ustaz ustazah yang banyak member galakan kepadaku, jutaan terima kasih diucapkan. Antum sember kekuatanku. Kepada individu-individu yang memberikan sumbangan, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga sumbangan yang kalian hulurkan dikira disisi Allah, Amen.
Akhir sekali, doakan kejayaanku mendalami ilmu Allah di bumi Anbiya’ ini, dipermudahkan dalam semua urusan di sini, diberi kekuataan untuk meneruskan kehidupan di sini, dan diberikan kejayaan di dunia dan akhirat. Ameen

6 Mei 2010

1.00 am (5.00pg m’sia) kami transit kat Abu Dhabi Airport. Kat sini kena transit untuk beberapa jam sebelum menuruskan p’jalanan ke Syria pd pukul 8.30 pg nanti. Sempat jugak la cari surau untuk rehat sambil mennge’charge’ handset yang da kehabisan bateri. Sempat berkenaln ngn sorang Iranian guy yg nak balik ke M’sia (dia study master kt MMU, Cyberjaya). Muhammad Sidik namanye.
8.30 pg (waktu UAE, 12.30tgh hari waktu M’sia) kami meneruskan penerbangan dari Abu Dhabi ke Damascus. Setelah lebih kurang 4 jam berada di udara, pkl 11.30 pg kami sampai Mator Damascus. Alhamdulillah, kami di sambut oleh Ustaz Faizal a.k.a abg Pejai (mantan timb. Presiden PPMS) dan kami dibawa ke rumah sewa mereka di Medan- Mujtahid. Ya Allah, kerinduanku kepada bumi Syria kini terubat kembali.

1 comment:

nurathiqah aw mohd nor said...

tiada pengorbanan setinggi pengorbanan menimba ilmu2 Allah..
-selamat menimba pengalaman dan semangat perjuangan para anbiya'..