Thursday, March 25, 2010

Bumi Syam memanggilku..

Pertamanya da agak lama penulis tak nenulis dalam blos ini. Agak kaku juga, dan keras juga jari-jemari ini dibuatnya.
Alhamdulillah, ribuan kesyukuran diucapkan kehadrat Ilahi Robbul Jalil atas nikmat usia yang diberi olehNya. Penulis masih dapat menghirup udara yang nyaman di Gombak ini, dan paling utama masih diberi kesempatan untuk merasai 2 nikmat terbesar iaitu, Iman dan Islam.. Alhamdulillah.
Pejam celik pejam celik dan hampir 6 tahun penulis berada di bumi Uia ni, dan bulan April yang akan kunjung tak lama lagi maka berakhirlah sudah status penulis sebagai mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Mlaysia UIAM ini. Macam-macam perasaan yang bermain di hati nurani penulis. Gembira, sedih, bimbang,macam-macam ada. Walau bagaimana pun kehidupan ini kena juga diteruskan..
Insyallah saki baki masa yang ada ini penulis akan tumpukan pada final exam yang akan berlansung tak lama lagi (30hb ni). Dan kepada semua warga UIAM, penulis mengucapkan selamt menempuh peperiksaan.. All da best.
Sebenarnya banyak perkara yang ditunggu-tunggukan oleh penulis selepas tamatnya memenpuh final exam ni. Dan antaraya ialah insyallah penulis dan beberapa orang sahabt akan mengembara ke bumi Syam, Syria pada awal Mei nanti untuk tujuan mencari dan melengkapkan ilmu agama di dada Insyaalah.
Bercakap tentang bumi Syam, Syria ni mengimbaukan penulis tentang pengalamannya berada di sana selama lebih kurang dua bulan setengah. pada tahun 2008. Cukup-cukup seronok dan bermakna. Mana taknnya, di beri kesempatan untuk berada dan menjejalah di bumi anbiya'.Dapat melawat maqam2 para sahabat, tempat2 bersejarah mengingatkan penulis akan perjuangan Rasulullah untuk mengembangkan Islam pada ketika itu.Suasana masyarakat arab di sana pulan cukup membantu kita untuk pertingkatkan mutu Bahasa Arab, bagi mereka yang ingin menguasai dan mendalami bahasa arab.
Teringat penulis pada pengalamn mengikuti pengajian matan arbain hadis 40 yang penulis dan sahabt2 ketika itu belajar dengan seorang syeikh Arab di Jame' Mansor ( salah sebuah masjid di Syria). Pada kelas terakhir kami bersama syeikh, sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia, dalm pertemuan itu, Syeikh bertanya, " bila lagi antum akan datang ke Syria?". Kami masing-masing memandang sesama sendiri tanpa sebarang jawapan, dan suasana yang pada mulanya meriah dan gembira bertukar kepada hiba. Syeikh tiba-tiba menitiskan air matanya dan berkata kepada kami, "andai kata selepas ini kita da tak diberi peluang untuk berjumpa lagi di dunia ni, sama-samalah kita berdoa agar satu hari nanti kita akan dipertemukan di akhirat kelak, di syurga Allah, Insyallah. Kami tak mampu memberi sebarang jawapan pada ketika itu melainkan meng"amin"kan apa yang diperkatakan oleh Syeikh dan suasana pada ketika itu turut membuatkan kami sedih dan terharu.
Begitulah budaya syeikh2 di sana, yang begitu pemurah mencurahkan ilmu agama tanpa sebarang bayaran.Insyaallah akan ku jejakimu Syeikh setibanya aku ke sana nanti, Insyallah.
Jadi, diharapakn pada sahabt2 dapt mendoakan agar dipermudahkan segala urusan penulis dan beberapa sahabt untuk ke Syria nanti. Ameen

1 comment:

hassan said...

Alhamdulillah.. syukur2