Wednesday, August 5, 2009

peristiwa semalam. membuatkan aku lebih berani!!


1 ogos 2009 - setelah hampir satu jam kami 'tawaf' jalan kuala lumpur n ternyata semua jalan menuju ke ke masjid negara ditutup dan dikawal ketat oleh polis-polis. akhirnya, kami berijtihad dan sepakat untuk tinggalkan motor kami berhampiran dengan sebuah bank. aku dan 6 shabat bersepakat untuk berjalan dari bank tersebut ke masjid negara untuk mengelak dari dithan oleh polis.


dalam perjalan kami ke masjid negara, seorang sahabt menerima masej yg menyatakan 5 orang shabt kami yg berada di sogo telah ditangkap polis. 'ntah apela akan terjadi pada mereka tu",fikirku.aku dan sahabt-sahabt tak putus-putus mengingati antara satu sama lain untuk menjaga keselamatan kami.

dlm perjalanan ke masjid negara, datang seorang uncle menanyakan sesuatu kepda kawanku. aku memang da agak da, ni mesti SB (siput khinzir ni)..

1.40 ptg, alhamdulillah kami sampai jugak akhirnye ke perkarangan masjid negara. disebabkan demo akan start pd pkl 2, jadi kami pun bergegas untuk solat zohor. setibanya di kaki tangga masjid, seorang polis menahan aku;
"cik, tolong buka beg kamu"..
pada masa tu aku buat-buat xlayan je
"ape ni cik, tahan-tahan saya. saya nak solat ni."
lepas tu datang 2,3 orang polis ke arahku mintak aku buka beg..
aku pun buka la beg tersebut.. setelah polis tu menggeledah beg aku, at last dia menjumpai headband isa dlm beg aku dan atas alasan tu dia tahan aku untuk ke 'black maria' tu.
mula-mula aku agak berkeras gak, tp bila da 2,3 orang polis pegang aku, aku akur juga akhirnye..
perkara yang aku paling frust skali hari tu ialah aku xdapat nak temankan seorang kawan baik aku ni yg bg aku dia ni bru je nak berjinak2 ngn dunia dakwah n politik . tp xpe, aku bersyukur sbb shbt2 aku lg 5 orang dpt temankan dia sepanjang demonstrasi tu.


mula-mula cuak gak kena tahan polis dan 1st time kena masuk ke dalam black maria ni, tp bila tengok ramai lagi sahabt2 yg senasib dengan aku, aku jadi semakin bersemangat. setiap tahanan yang naek ke black maria disambut dengan laungan takbir. cukup-cukup menaikkan semagat kami.

kami seramai 19 tahanan(macam pesalah lak).. kami seramai 19 mujahidin semuanya yang berada dalam black maria tu sepanjang perjalanan ke FRU Cheras. sungguh banyak pengalaman baru yang aku dapat sepanjang 5 jam ditahan polis. satu bentuk tarbiyah yang patut dirasai oleh semua ahli gerakan gerakan terutamanya.

sementara menunggu mangsa seterusnya masuk ke dalam black maria, naik soerang pak cik yang merupakan ahli keluarga kami ke-18 klu xsilap aku. jelas terpancar diraut wajahnya, kegelisahan yang amat nyata;
"tolong bagi saya ruang, saya nak solat hajat sekarang. sya xdpat nak fikir apa-apa lagi da sekarang ni. fikiran saya buntu"
"mungkin pak cik ni memikirkan masa depan anak, isterinya kot", fikir dibenakku.
tiba-tiba seorang pak cik yg lain menyapa,"sabarla, ujian yang kita terima ni sedikit je. sahabt2 kita di palestin sana tu lebih teruk dari kita diaorang diuji"
suasana terdiam seketika. Suasana tersebut membuatkan aku menjadi sebak seketika.. aku mencapai handset dan terus memelefon bbrpa sahabat untuk pastikan mereka menjaga keselamatn dan menjauhi dir dari polis. Cukupla ape yang terjadi pada aku menjadi pengajaran kepada sahabat sahabiah yang lain.

melihat wajah-wajah tenang disekilingku membuatkan aku lebih tenang menghadapi suasana tersebut. di saat inila baru kita dapat rasakan betapa tinggi pengharapan terhadap Ilahi itu perlu ditanam disetiap jiwa Muslim. Masyaallah!!!

sepanjang dalam perjalanan, mulut kami tak putus-putus berzikir kpdNya memohon pertolongan dan dipermudahkan segala urusan kami. ada benarnya mimpi aku semalam, ditangkap polis semasa demonstrasi. dan pagi sebelum turun ke k.L lg. aku da berasa xberapa tenang je.

setibanya kami di FRU Cheras, perkara pertama yang kami mintak dari pihak polis ialah membenarkan kami solat zohor. alhamdulillah diaorang bersetuju dengan permintaan kami dengan syarat kami kena selesaikan buat laporan polis dulu.
baju ISA yang baru kubeli xmpai bbrpa jam, ku hadiahkan kpd seorang pak cik sbb kasihan melihat dia nak menghadap Allah tanpa baju. Bajunya dirampas polis semasa dia ditangkap polis tengah hari tadi. harap pak cik jaga elok2 baju tu.=)
satu perkara yang agak kelakar smasa kami solat asar di surau FRU Cheras tu. Adela bberapa orang polis ni solat skali ngn kami. setelah imam bagi salam, imam pun berdoalah;
"ya allah kau bukala pintu hati polis2 yang telah menzalimi kami ini ya allah'
ya allah kau jadikanlah anak-anak polis yang telah menzalimi kami ni sebagai orang yang bersama-sama dengan kami untuk memenangkan agamaMu ya allah..."
mendengar imam membaca doa tersebut,polis yang sedang tambah rakaat itu pun terus menjeling ke arah imam tersebut. ape tidaknya, doa tersebut khas untuk dia kot.

sepanjang tempoh 5 jam lebih tu, 500 orang lebih yang ditangkap oleh polis dan dibawa ke FRU Cheras tanpa sebarang sebab yang betul-betul konkrit. kat sana pun, polis-polis tersebut tak tahu nak buat ape denagn kami. memang sah, "anjing hitam" kerajaan. menurut perintah..
nasib baikla, kami yang ditangkap ni ada idea skit. untuk mengisi masa terluang duduk kat sana, sempatla jugak kami buat demontrasi aman kat sana sehinggalah seorang abang ditangkap oleh polis.

lebih kurang pukul 7 mlam, i.c kami diserahkan kembali dan kami dibawa ke stesen lrt terdekat untuk pulang. alhamdulillah. ingatkan 1 minggu duduk dalam lokap, rupa-rupanya 5 jam je.hehe

walaupun kecewa tak dapat turut serta dala demo ISA kali, tp aku aku bersyukur kerna mendapt pengalaman baru berdepan dan ditahan polis. "isa 19th" tetap menjadi ingatanku. suka-duka ditempuhi bersama..

walau pun 5 jam cuma, tapi tarbiyah ni cukup2 bermkna bagi aku. dpt aku rasa kan bagaimana tahanan-tahanan isa yang ditahan n dikurung bertahun-tahun lama tanpa sedikit pun belas kasihan..cukup zalim, kejam

haa, kawan-kawan. saya da rasai pengalaman ni. kawan-kawan bila lagai nk join percutian menarik ni..

2 comments:

Unknown said...

sekelumit tahniah untuk anda kerana memenangi percutian yang menarik itu..!!

raingerzadrozny said...

Hotel Casino & Racetrack | Mapyro
The Hotel 제주도 출장마사지 Casino & Racetrack has over 3,200 안동 출장안마 slot machines, 군산 출장마사지 the hottest slots and the 아산 출장안마 most entertaining sports betting. The casino has 2,400 slot machines and there are 경주 출장안마