Sunday, June 21, 2009

my first banner

first tryyy

my first banner




banner ini disiap dgn bantuan seorang sahabat.. nama terpaksa dirahsiakan demi menjaga keikhlasan hatinya tolong penulis untuk siapkan banner ni..
jazakallahu khairan jaza' ya syeikh


Read More

Monday, June 15, 2009

marha marha vs tepuk tangan

8 jun 2009, Maaruf Club Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia telah dikunjungi oleh Ar-rijal al-istiqamah Youth Wing (Persatuan Belia Masjid al-istiqamah), Singapura. Lawatan mereka ke Malaysia kali ini adlah lebih kurang 4 hari dan dimasukkan sekali di dalam tentatif mereka adlah lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa, untuk bertemu dengan Maaruf Club terutamanya.



Pertemuan yang lebih kurang satu jam setengah itu telah banyak memberi peluang kepada Maaruf Club dan Ar-Rijal Al-Istiqamah untuk bertukar-tukar pendapat dan... ...pandangan tentang perjalanan persatuan masing-masing.




Satu perkara yang mengagumkan penulis ialah kesungguhan pemuda-pemudi dari Kota Singa itu untuk menjalankan program-program dakwah dan keagamaan walau pun mereka berada di negara yang agak sekular, kalau boleh penulis katakan. Apa yang difahamkan mereka ini menjadikan masjid-masjid yang ada di sana sebagai wasilah untuk menjalankan kerja dakwah dan menarik anak-anak muda untuk bersama meraka menghidupkan masjid.

Seperkara lagi yanag mengagumkan penulis ialah budaya "marha,marha" yang diamalkan oleh anak2 muda ini sebagai tanda meraikan orang. Kebaiasaanya, kita akan menepuk tangan sebagai tanda menghargai, meraikan seseorang, tetapi sebaliknya berlaku pada anak2 muda Singapura ini. Mereka menggantikan budaya tepuk tangan ini dengan perkataan "marha marha" sebagai tanda meraikan seseorang.



Harapnya ukhwah yang dibina ini tidak akn terhenti di sini sahaja. Kami di pihak Maaruf Club mendoakan agar anda semua success di setiap lapangan yang anda ceburi terutamanya dalam menghidupkan masjid-masjid di Singapura dan mendidik anak muda..
Marha, marha...!!

Suffian Atthauri
KAED student@iium
Treasurer Ma'ruf Club
2008/09




Read More

Al-fatihah buat Allayarham Dr. Fathi Yakan

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.” (HR. Bukhori dan Muslim).
Dari Abdullah bin Amr ra berkata bahwa Rasulullah saaw bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan.”(HR Bukhori dan Muslim)



Hari ini, dunia Islam kehilangan sebutir mutiara gemerlapan yang sekian lama mencurah bakti kepada umat. Dr. Fathi Yakan, aktivis pergerakan Islam tersohor telah pulang ke rahmatullah pada usia 76 tahun.
Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Bersamasamalah kita hadiahkan al-fatihah buat arwah dan semoga rohnya tergolong dalam golongan syuhadak, hamba yang dikasihiNya. Ameen


Read More

Thursday, June 11, 2009

jom kawen..


(sahabatku, ilmam dan suwaibah)

sepanjang cuti sekolah ni penulis tak henti-henti ke utara, timur, selatan
memenuhi undangan perkahwinan sahabt sahababiah.
bukan setakat sahabt2, tpi adik2 pun da mula mendahului senior dalam bab kawen ni..(rezeki masing2)
alhamdulillah, lega bila tengok sahabt-sahabt dapat menunaikan satu lagi tuntutan dalam agama ni.. teruja pun ada sebenarnya..hehe



(rohaizat dan noramir, selamat pengantin baru)





(antara tetamu yg hadir; uia students)

untuk akhirnya, doa penulis agar ikatan yang antum bina ni akan terus berkekalan sampai syurga..Ameen


Read More