Wednesday, January 28, 2009

wufi mengunngguli prk UIAM..

alhamdulillah setelah sekian lama masyarakat uia menunggu pihanan raya kampus (prk), akhirnya tarikh 22 jan 09 tiba jua. tarikh keramat tersebut telah menyaksikan sekali lagi "we unite for islam" @ wufi masih mengungguli gerakan mahasiswa di bumi barokah uiam. ini terbukti bila mana calon2 wufi memenangi 10 drp kerusi yg dipertandingkan di uia gombak, manakala 8 drp 13 kerusi telah di menangi oleh wufi di kampus kuantan.
hal ini ternyata menunjukkan majoriti student uiam masih memberi kepercayaan yg besar kpd wufi untuk menerajui gerakan mahasiswa di bumi uia.persaingan yg agak segit berlaku sepanjang prk yg lepas di beberapa kuliah seperti di kuliak law, kuliah ekonomi dan juga kuliah arkitek. walau bagaimana pun wufi menang bergaya d kuliah perundangan, manakala mendapat 1 kemenangan di kuliah ekonomi dan juga kuliah arkitek. tahniah dan takziah di ucapkan kpd semua..
apa yg dapat dilihat sepanjang tempoh pilihan raya baru2 ini, semua student bekerja keras untuk pastikan kemenangan memihak kpd yg sepatutnya. cuma, apa yg penulis harapkan agar momentum tersebut terus dkekalkan untuk memastikan kita mampu mengisi kemenangan ini dengan sebaiknya. insyaalah, wufi tak keseorangan.. penulis yakin majoriti student di uia ni akan & mampu memberi sokongan sepenuhnya dlm apa jua bentuk kpd SRC nanti.. insyaalllah
* you'll never walk alone!!


Read More

Saturday, January 10, 2009

PRK UIAM kembali lagi...

setelah lebih kurang 110 hari UIAM x berkerajaan (setelah pembubaran SRC sessi lepas) akhirnya pilihan raya kampus datang kembali untuk menentukan siapa yg akan menerajui kepimpinan pelajar UIAM bagi sessi ni.
notis PRK telah pun di keluarkan pd 7 Jan 09.. walau pun bbrp hari sebelum tu brlaku perkara yg agak "aneh" d UIAM ni berkenaan PRK ni. 5hb lepas, notis tntng PRK telah d keluarkan d notis board pjabat SDEV dan pejabat Deputy Dean, HEP. dlm notis tersebut d nyatakan tarikh nomination PRK ialah pada 12 jan 09 & voting day pada 15hb jan 09..tapi apa yg menghairankan, bila student datang untuk ambil borang pada 6hb jan pagi, pegawai d pejabat dep rector HEP mengatakan; notis semalam batal dan tunggu notis semalam berikutnya. Cukup aneh bukan!!!
saya dengar ada masalah dalaman d peringkat rektor & timbalan dekan, yg merangkap pengarah jawatn kuasa pilihan raya..dengar cerita ada pihak luar kluarkan arahan agar Dato' Seri Arabi Idid tangguh tatikh prk ke tarikh laen kerana calon2 ASPIRASI belum di putuskan lagi sehingga semalam... Biasala tu, politik kotor uia ni memng mcm tu. kita da ada banyak pengalaman tntg PRK ni.. tahun lepas pun da cukp untuk saya katakan prk UIA ni di cemari dgn politik kotor luar.. ishs ish ish.
apa2 pun info terbaru telah di keluarkan pada 7 jan 2009;
-13 & 14 jan: english test for candidates
-16 jan: nomination day
-18 jan: election day..
* harap2 notis ni adalah benar

so, tunaikan lah tanggn jawab kita sebagai pengundi..
undila calon yg terbaik, yg mampu menjaga kebajikan ahli, yg mampu menjaga hak2 student, yang mampu menjaga nama uia drpd anasir2 luar.. insyaallah.


Read More

Friday, January 2, 2009

penderitaan muslim di Gaza, Palestin

BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.

Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.

Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan, mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.

"Semua pejuang diarah bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel," menurut kenyataan Hamas, Jihad Islam dan puak bersenjata lain.

Siaran televisyen menunjukkan mayat bergelimpangan di sebatang jalan dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh penyelamat.

Jurucakap polis Hamas, Islam Shahwan berkata, serangan itu dilakukan ketika majlis tamat latihan untuk anggota polis baru sedang berlangsung di pekarangan ibu pejabat sebuah pejabat polis di bandar ini.

Pekarangan pasukan keselamatan Hamas selalunya terletak di kawasan awam dan serangan udara pertama dilancarkan ketika kanak-kanak baru hendak keluar dari sekolah.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini, bunyi siren kedengaran di jalan raya dan kaum wanita dengan cemas mencari-cari anak mereka.

Di bahagian lain Gaza, 23 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam serangan ke atas kem pelarian Khan Younis dan Rafah di selatan wilayah ini.

Seorang wartawan Reuters melaporkan bahawa pelabuhan Bandar Gaza dan kemudahan pasukan keselamatan Hamas mengalami kerosakan teruk.

Tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan tersebut, yang menyusuli keputusan Kabinet keselamatan Perdana Menteri, Ehud Olmert untuk memperhebatkan tindakan balas ke atas pejuang Palestin yang melancarkan roket ke wilayah Israel.

Israel sebelum ini memberi amaran akan melancarkan serangan ke atas kedudukan Hamas di Gaza berikutan tindakan pejuang Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

Tempoh gencatan senjata enam bulan antara kedua-dua pihak berakhir di Gaza minggu lepas.

Kira-kira 12 roket dan bom mortar dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza semalam.

Sementara itu Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, beliau sedang berhubung dengan banyak negara ekoran serangan Israel berkenaan.

"Saya sedang berhubung dengan banyak negara Arab dan negara-negara lain bagi mendesak Israel menghentikan serangan berkenaan yang merupakan pembunuhan beramai-ramai," katanya kepada AFP dari Arab Saudi hari ini.
UTUSAN MALAYSIA


Read More

Friday, December 26, 2008

practical training.. new experience

setelah bertahun tahun bertoeri d dewan kuliah, kini tiba lah masanya untuk penulis menterjemahkan segala apa ilmu yg d pelajari selama ini secara praktikalnya..
pengalaman baru bagi penulis pd semester ini untuk praktikal secara full time as quantity surveyor... agak mencabar jgk la kerjaya ni sebenarnya.
masuk keje pkl 8.00 pg biasanya blik pkl 6.00 ptg dan ke atas.. n it depends on projects
kebetulan skrng ni firm yg penulis praktikal ni tgh deal dgn banyak projects..
so banyak la calculation n keje yg perlu d settlekan..
setelah 3hari masuk keje ni, penulis dpt buat sdikit kesimpulan awal bhwa medan kerjaya ni agak mencabar diri kita untuk membahagikan masa ntra keje n juga keje2 lain..sbg contoh, penulis terpaksa u tidak menghadiri meeting society di kampus pd waktu petang di sebabkan masih berkerja pada waktu itu. ni tak termasuk kawen lagi... sebab itula kita selalu dengar ungkapan yg selalu diucapkan;

"alwajibaat aktharu minal auqot"
yg bermaksud, taggungjawab itu lebih banyak drp masa yg kita ada.
as conclusion, bijakla dlm mengurus waktu yg kita ada..


Read More

Thursday, April 17, 2008

try first, then you will know it.

tajuk ni amat bersesuaianla pd mereka yang mengalami nasib yang sama dgn saya. sebelum ni bila kawan2 sembang pasal tajuk blog ni, saya adalah ntara orang yg paling boring, kurang berminat dan yang sewaktu dengannya. bukannye apa, sebelum ini saya meletakkan expectation yang terlalu tinggi untuk membuat blog. saya selalu fikir yg nak buat blog ni adalah suatu kerje yang rumit, kene banyak knowledge, tanpa cuba dahulu.
sehinggala pada suatu hari (dua tiga hari lepas), dalam perbualan ngn sahabat saya:

abg shah( bukan nama sebenar), "piang, serius ana bagitahu nta senang sangat nak buat blog ni. ana jamin dalam masa 20 minit nta dapat buat blog nta sendiri. ana da ad da blog ana"

saya agak terkesan jugakla dgn kata2 sahabat saya tu. lansung pd mlam dan ketika ini, aku menggagahi jua diri di depan pc ni u buat blog sendiri. yaa, ternyata aku mampu memecahkan rekod abg shah. tak sampai 10 minit pun aku mampu adakan blog sendirii.. takbir!!

aesthetic valuenya di sini, "try first, then you will know it" atau pun dalam bahasa ibundanye, cuba dahulu baru tahu. so, kpd mana2 sahabat, kawan2 yang masih fobia@ takut2 nak buat blog ni, after korang baca kisah ni, hope ada anjakan paradigma dalam diri untk buat blog sendiri. jangan duk baca blog org laen je.. (macamla aku ni da lama ad blog=p)
ok, selamat mencuba..wassalam


Read More