Wednesday, May 20, 2009

sahabat.. dulu, kini dan selamanya




" di sini kita mula bertemu
mencari warna seindah pelangi
ketika kau menhulurkan tanganmu
membawaku ke daerah yang baru
dan hidupku kini ceria

c/o
kini dengarkanlah
dendangan lagu tanda ingatanku
kepadamu teman
agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

kenangan bersamamu
tak kan kulupa walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa


mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan
kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

c/0 ulang chorus

mungkinkah kita terlupa Tuhan ada janjinya
bertemu berpisah kita ada rahmat dan kasihNya
andainya diuji terangilah kamar kesabaran
pergilah gelita hadirlah cahaya

c/o ulang chorus

teman fid dunya wal alkhirat.. allahumma amin


Read More

Sunday, May 17, 2009

kekuatanmu pembakar semangat kami..

semalam 16 mei 2009 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam telah diadakan Ceramah tentang Krisis Perak yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.Puluhan ribu rakyat mula membanjiri stadium seawal mnaghrib lagi untuk mendengar penjelasan sebenar dan perkembangan terkini tentang krisis politik yang sedang berlaku di Perak.Turut hadir pd malam tersebut ialah Ir Muhamad Nizar Jamaluddin, Dato Hassan Ali, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan ramai lagi.
Melihat kepada kehadiran rakyat yang begitu membanggakan (bukan setakat dari Selangor, bahkan dari negeri-negeri terdekat) sudah cukup menggambarkan bahawa rakyat dah lama sedar akan kebobrokan politik UMNO selama ini. Turut dipaparkan sekali semalam ialah tayangan kes 7 mei yang berlaku di sidang dun perak yang jelas menunjukkan ketidakmatangan yb2 UMNO.
Satu benda yg dpt menyuntik semangt penulis untuk terus istiqamah dalam jalan dakwah ini ialah apabila dapat melihat kesungguhan dan kesabaran Ir Nizar dalam menempuhi cabaran2 yang cukup getir. Klu org UMNO diuji sebegini rupa, penulis dapat merasakan da lama da umno berpecah. Apa tidaknya, dalam keadaan sekarang pun ( walau disogok dengan wang dan harta benda) da jelas perpecahannya. Semalam Ir Nizar masih mampu tersenyum dan mampu menyampaikan ceramahnya dengan penuh bersemangat, disamping ditemani isteri tercinta. Sebaik sahaja diumumkan nama Ir Nizar untuk menyampaikan ceramahnya, satu dewan bangun sambil menepuk tangan dan melaungkan kalimah takbir sabagai menunjukkan tanda sokongan kepada Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang masih sah.

"sesunggguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan ganjaran Syurga.." (at-taubah:111)

Perjuangan Islam tidak akan sesekali dihampari dengan permaidani merah.Oleh itu sama-samalah kita jadikan kekuatan yang di tunjukkan oleh Ir Nizar ni sebagai momentum untuk menaikkan semula semangat kita untuk terus kuat bekerja untuk Islam.
Insyaallah, Takbir!!!


Read More

Thursday, May 7, 2009

short sem kembali

alhamdulillah
penulis menghembuskan nafas lega dpt kembali ke uia slps 4 bulan d uji dengan dunia praktikal yang penuh dengan cabaran dan kengkangan masa
sepanjang short sem ni, penulis dalam usaha untuk register kelas bahasa arab
harap2 dapt la..bukan ape kdg2 jealous gak tgk sahabt2 dr kuliah arab mmpu bercakap bahasa arab dgn lancar..
teruja nak jd mcm diaorang.
pengalaman 4 bulan praktikal ckup2 bermakna n memberi 1 gambaran mcm mana penulis akan berdepan dengan dunia sebenar selepas melepasi alam universiti nanti.
di situla baru betul2 kita di uji mcm mn kita nak bahagi masa antara kerjaya, family, kerja2 islam dan urusan2 peribadi.
kpd sahabt2 ana yg tengah praktikal sem ni, selamat menempuh alam kerjaya.
semoga dapt timba pengalaman yang baru.
dan kepada yang ambik short sem ni, blaja rajin2
dan sama2 la kita memeriahkan program2 maaruf club sepanjang short sem ni nti..
barakallahufikum


Read More