Sunday, May 17, 2009

kekuatanmu pembakar semangat kami..

semalam 16 mei 2009 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam telah diadakan Ceramah tentang Krisis Perak yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.Puluhan ribu rakyat mula membanjiri stadium seawal mnaghrib lagi untuk mendengar penjelasan sebenar dan perkembangan terkini tentang krisis politik yang sedang berlaku di Perak.Turut hadir pd malam tersebut ialah Ir Muhamad Nizar Jamaluddin, Dato Hassan Ali, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan ramai lagi.
Melihat kepada kehadiran rakyat yang begitu membanggakan (bukan setakat dari Selangor, bahkan dari negeri-negeri terdekat) sudah cukup menggambarkan bahawa rakyat dah lama sedar akan kebobrokan politik UMNO selama ini. Turut dipaparkan sekali semalam ialah tayangan kes 7 mei yang berlaku di sidang dun perak yang jelas menunjukkan ketidakmatangan yb2 UMNO.
Satu benda yg dpt menyuntik semangt penulis untuk terus istiqamah dalam jalan dakwah ini ialah apabila dapat melihat kesungguhan dan kesabaran Ir Nizar dalam menempuhi cabaran2 yang cukup getir. Klu org UMNO diuji sebegini rupa, penulis dapat merasakan da lama da umno berpecah. Apa tidaknya, dalam keadaan sekarang pun ( walau disogok dengan wang dan harta benda) da jelas perpecahannya. Semalam Ir Nizar masih mampu tersenyum dan mampu menyampaikan ceramahnya dengan penuh bersemangat, disamping ditemani isteri tercinta. Sebaik sahaja diumumkan nama Ir Nizar untuk menyampaikan ceramahnya, satu dewan bangun sambil menepuk tangan dan melaungkan kalimah takbir sabagai menunjukkan tanda sokongan kepada Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang masih sah.

"sesunggguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan ganjaran Syurga.." (at-taubah:111)

Perjuangan Islam tidak akan sesekali dihampari dengan permaidani merah.Oleh itu sama-samalah kita jadikan kekuatan yang di tunjukkan oleh Ir Nizar ni sebagai momentum untuk menaikkan semula semangat kita untuk terus kuat bekerja untuk Islam.
Insyaallah, Takbir!!!

No comments: