Saturday, January 9, 2010

takziah buat kak akma sekeluarga

"(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "sesungguhnye kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." al-baqarah;156

Disebalik ketenangan wajahnya, hati manusia tak siapa yang tahu
Itulah yanag dapat penulis rasakan bilamana berjumpa dengan kak akma di hospital selayang semalam

Jumaat, 8 januari 2010 genaplah seminggu arwah berada di ICU hospital selayang bilamana arwah koma selepas terlibat dalam satu kemalangan di kampungnya. Arwah yg dikenali sebagai Fauzi dimasukkan ke hospital Selayang setelah didapati koma akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Menurut kak akma dan ayahnya, arwah mengalami pendarahan dalaman (inner blooding) di bahagian kepala.
Baru 2 bulan lepas penulis berjumpa dengan arwah di pahang ketika dalam satu kenduri.Arwah, Fauzi merupakan lulusan Shubro, Mesir.Sempatla juga penulis berkenalan dengan arwah dan difahamkan arwah akan menimang cahaya mata pertama mereka dalam masa beberapa bulan lagi.
Ketika penulis dan beberapa orang sahabat tiba di Unit Forensik, Hospital Selayang petang semalam, pihak keluarga arwah sedang menunggu ketibaan polis untuk membuat laporan sebelum jenazah di bawa pulang ke jengka, pahang.Isterinya, kak akma yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka kelihatan tenang menghadapi ketentuan Ilahi ini.
Diharapkan kak akma kuat dan tabah menghadapi qada' & qadar Nya.
Takziah untuk kak akma dan al-fatihah buat Allayarham Fauzi


Read More